Thursday, January 17, 2013

Madah Berhelah Pt. 3


Tajam pedang asah berkali,
Sekali libas perih menyengat,
Mulut diramas merah cili,
Adab sopan hilang kelibat.

Sekali diketuk sekali melangkah,
Terangguk-angguk berkata petah,
Orang berdebat kau berhujah,
Mulut berbuih teriak sepatah.

Ayam bertelur riuh sepaya,
Intai-intai ular bapanya,
Mati-mati pertahan kata,
Hati akal kau buta. 

Hudarling R.
17 Januari 2013



 

2 comments:

ben affleck said...

Apa mksud madah?

Hudarling said...

madah tu bahasa sarawak. hahaha