Sunday, February 03, 2013

Of Whatsapp and Marriages


Baru-baru ini, rakan-rakan sepermainan di Uni buat satu group whatsapp. Berbual-bual dengan mereka buat saya rindu zaman universiti. Walaupun assignment banyak, kehidupan begitu indah. Konflik paling teruk pun pegi bara kat admin Uni ataupun masalah PTPTN (bukan saya, kawan saya) yang tak masuk-masuk. 

Dalam berbual dan mengingat peristiwa lama, mereka selit-selitkan hal ehwal rumahtangga dalam topik perbualan. Seperti biasa, saya lebih banyak mendengar dari mencelah. Bukan apa, masih belum berpengalaman. Pengalaman tengok TV atau bercinta tak dikira sebab it's totally a different thing. Kemudian baru saya sedar, dalam senarai rakan-rakan saya di Uni, semua sudah berumahtangga, atau sudah bertunang dan bakal bertunang. Teringat masa di Universiti dulu, semua berebut kata "aku la yang akan kawin paling last". Nampaknya semua orang kalah. Saya menang. Hahaha. 

Kepada rakan-rakan saya, semoga berkekalan til Jannah. Doakan saya juga. =)
 

 

No comments: