Thursday, April 18, 2013

AL KISAH ANAK SMA MEMPERLEKEHKAN SOLAT

Ada satu video budak-budak perempuan sekolah menengah atas (SMA Negeri 2 Tolitoli di Sulawesi Tengah, Indonesia) sedang mempersendakan solat sedang rancak dishare. Solat diselang-selikan dengan tarian lagu hits Maroon 5, One More Night. 5 orang semuanya dan salah seorang bertudung molek (cuma yang slack bonggol unta kat kepala je). 

Menurut perkiraan saya, mereka memang tahu bersolat. Tahu asasnya, tahu baca al-fatihah, tahu bila nak ruku dan sujud. Tapi kadang-kadang pemikiran budak-budak sekolah yang selalu rasa nak berseronok menyebabkan pertimbangan otak fikiran menjadi tidak wajar. Mereka bergurau tanpa memikirkan effect yang akan terjadi. Dan dari perbuatan mereka, khabarnya sudah diambil tindakan dan ada yang mengalami depresi teruk di sebabkan tersebarnya video ini. Wallahualam. Semoga menjadi iktibar kepada kita untuk melihat dan menjaga akhlak keluarga kita sendiri. 

Point kedua, saya pasti uproar akan terjadi dengan penyebaran video ini. Tapi sedih melihat rakan seIslam kita menggunakan kata-kata yang kasar dan kesat serta maki hamun kepada pelaku. Dimanakah etika ketika online? Dimanakah sopan dan santun? Tidak boleh tegur secara berhemah? Islam mengajar kita jadi kurang ajar dan mencarut melulu tanpa melakukan siasatan terlebih dahulu? Tidak bukan? 

Ambil nafas panjang dan muhasabah diri.

No comments: