Thursday, August 28, 2014

Andai Aku Ada Satu Hari Lagi.


Andai aku ada satu hari lagi,
Akan aku cium tangan mulusmu,
Akan aku ukir senyuman manis,
Akan aku biarkan rambutku menyentuh lembut,
tanganmu diatas ribaanmu, 
Akan aku sentuh kedutan disisi matamu, 
Yang mungkin pernah berlinang air mata.

Andai aku ada satu hari lagi,
Akan aku beritahu seluruh dunia,
Kau orang yang aku paling sayang, 
Akan aku tulis di awan biru,
Kau orang yang aku paling sanjung.

Andai aku ada satu hari lagi,
Aku akan mengalah dari terus bertelagah,
Aku akan berikan apa kemahuanmu,
Aku akan percaya akan cita-citamu.

Andai aku ada satu hari lagi, 
Akan aku sujud memohon ampun,
Dari Yang Maha Esa, 
Dari kedua ibu bapa,
Dari seluruh umat manusia, 
Dari segala makhluk Tuhan.

Andai aku ada satu hari lagi,
Akan aku lakukan semuanya,
Andai saja aku tahu bila,
Hari yang tidak pernah pasti.

Hudarling R.
28 Ogos 2014


Al Fatihah untuk Arwah Sepupu yang baru meninggal dunia pada bulan Syawal tempoh hari.
Al Fatihah untuk Arwah Nenek, Atok-Atok, saudara-mara dan rakan-rakan yang telah mendahului kita.
Al Fatihah untuk mangsa MH17 dan saudara sesama Islam diseluruh dunia.

Hargai sedikit masa yang kita masih ada.



No comments: